15 September 2022, 10:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Nilai – Pasar malam merupakan antara budaya masyarakat Malaysia yang unik dan amat dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. [email protected] yang dilabel sebagai pasar malam kebudayaan simbolik Malaysia berpotensi menjadi satu daripada destinasi dalam zon pembangunan pelancongan baharu di negara ini di samping mampu menarik lebih ramai pelancong sama ada dari dalam atau luar negara.

Dengan keluasan 25 ekar, [email protected] yang menghimpunkan pelbagai barangan tempatan termasuklah makanan, kraf tangan dan budaya dari 13 buah negeri di Malaysia dilihat mampu menjadi setaraf dengan pasar malam terkemuka di negara-negara lain seperti Chatuchak Market di Thailand, Pasar Malam Shilin di Taiwan dan Pasar Myeongdong di Korea. Di samping itu, lebih daripada 100 aktiviti kebudayaan dari seluruh negara juga akan dianjurkan dari semasa ke semasa.

[email protected] menerapkan elemen adat dan budaya Malaysia ke platform pasar malam moden dengan menghimpunkan 850 buah gerai yang menawarkan pelbagai barangan tempatan dari seluruh negara. Selain itu, segala urusan perniagaan di [email protected] akan dijalankan dengan kaedah transaksi tanpa tunai dan waktu perniagaannya bermula pada pukul 5 petang hingga lewat malam setiap hari.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Pra Perasmian [email protected].

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada pihak [email protected] yang menjadi pasar malam pertama beroperasi secara transaksi dalam talian tanpa tunai.

Beliau juga berharap agar para penggiat industri turut mengambil bahagian dalam Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) Versi Baharu yang merupakan program pengiktirafan terhadap produk-produk pelancongan. Inisiatif ini juga akan menjadi motivasi kepada para penggiat industri untuk menaik taraf kualiti kemudahan produk pelancongan yang ditawarkan agar kualiti produk dan mutu perkhidmatan pelancongan dapat dipertingkatkan.

Tunku Besar Tampin merangkap Pengerusi [email protected], Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri, Menteri MOTAC, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh Omar bersama-sama merasmikan Majlis Pra Perasmian [email protected] yang berlangsung dengan penuh meriah. Majlis perasmian tersebut turut boleh ditonton secara langsung di laman Facebook Gembox.

Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri, Menteri MOTAC dan Menteri KUSKOP bersama-sama merasmikan [email protected].

Keluarga Malaysia yang ingin menikmati pelbagai sajian menarik dari seluruh negara bolehlah berkunjung ke [email protected] yang mula beroperasi secara rasmi pada 13 September yang lalu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.