Oleh Mubarak Ismail
27 November 2022, 07:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama beberapa agensi seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Tourism Selangor akan mengadakan Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Petaling Jaya atau dikenali sebagai PJ International Folklore Festival pada 28 November 2022 hingga 4 Disember 2022  bertempat di Dataran Petaling Jaya dan Pusat Bandar Seksyen 52 Petaling Jaya, Selangor.

Festival anjuran tahunan MBPJ itu bertujuan untuk mengetengahkan kepelbagaian kesenian dan budaya komuniti tempatan dan antarabangsa kepada masyarakat dalam usaha memupuk nilai kasih sayang dan cinta akan budaya. Penganjuran PJ Folklore 2022 juga satu daripada usaha untuk mempromosikan bandaraya Petaling Jaya sebagai sebuah kota seni dan destinasi pelancongan antarabangsa.

Sempena festival tersebut, pelbagai aktiviti menarik berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian akan diadakan yang melibatkan penyertaan 10 negeri termasuklah wilayah persekutuan di Malaysia, iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Perak, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Selain itu, lapan buah negara, iaitu Indonesia, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Mexico, Sri Lanka, Jepun dan Uzbekistan akan turut serta untuk mengetengahkan kepelbagaian budaya dan kesenian negara masing-masing dalam festival ini.

Semua program ini dianjurkan secara percuma dan orang ramai diundang hadir untuk memeriahkan lagi festival ini.

Menerusi program tersebut, MBPJ juga akan mengadakan Festival Makanan Asia bermula dari 25 November 2022 sehingga 4 Disember 2022 di Dataran Petaling Jaya dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.