2 Januari 2023, 15:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Program Jom Jalan Santai Ambang Tahun Baharu 2023 telah berlangsung pada malam 31 Disember 2022 bertempat di Dataran Starwalk, Alor Setar, Kedah. Penganjuran Program Jom Jalan Santai Ambang Tahun Baharu 2023 oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Alor Setar ke-19 di samping membudayakan gaya hidup yang sihat.

YB Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamuddin, Ahli Parlimen Kota Setar menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Jarak perjalanan jalan kaki dalam Program Jom Jalan Santai Ambang Tahun Baharu 2023 ialah sejauh tiga kilometer menerusi laluan enam check point utama, iaitu Lintasan Zebra Bulatan Teluk Wanjah, Alor Setar Business Centre, Menara Alor Setar, Medan Bandar, Medan Sungai Raja dan Bangunan Majlis Bandaraya Alor Setar, Dataran Starwalk.

Semua peserta boleh bergambar di Menara Alor Setar (Check Point 3), Medan Bandar (Check Point 4) dan Medan Sungai Raja (Check Point 5) sebagai syarat utama untuk menyertai Pertandingan Gambar Klik-klik Bandaraya Alor Setar dengan memuat naik foto menarik dalam Facebook Majlis Bandaraya Alor Setar sebelum 1 Januari 2023 dengan menulis tanda pagar (hashtag) #MBAS #SUBAS19 #JomJalanSantai2022 #Klik2AOR #JJS2022 #AlorSetar. Pemenang Pertandingan Gambar Klik-klik Bandaraya Alor Setar akan diumumkan pada 11 Januari 2023 menerusi platform Facebook Majlis Bandaraya Alor Setar.

Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta jalan kaki kanak-kanak.

Acara pelepasan semua peserta Program Jom Jalan Santai Ambang Tahun Baharu 2023 bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam setelah semua peserta selamat sampai di hadapan Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar, Dataran Starwalk (Check Point 6) tepat pukul 10.30 malam.

Selain itu, Acara Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah bagi Program Jom Jalan Santai Ambang Tahun Baharu 2023 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat (YB) Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamuddin, Ahli Parlimen Kota Setar yang diiringi oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar dan pegawai-pegawai MBAS.

Acara Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah bagi Program Jom Jalan Santai Ambang Tahun Baharu 2023 diadakan di hadapan Bangunan Majlis Bandaraya Alor Setar, Dataran Starwalk, Alor Setar.

Program Jom Jalan Santai Ambang Tahun Baharu 2023 berakhir dengan Sambutan Detik Tahun Baharu 2023 di Pentas Utama Food Republic Alor Setar. Di samping itu, semua pengunjung dihiburkan dengan persembahan hebat oleh penyanyi popular tanah air seperti Zaiton Sameon, Shajiry KGB dan semua artis tempatan yang menjayakan pesta jualan makanan terbesar di Food Republic Alor Setar.

Poster program Jom Jalan Santai Ambang Tahun Baharu 2023 yang diadakan pada malam 31 Disember 2022 bertempat di Dataran Starwalk, Alor Setar, Kedah.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.