Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat bagi menyempurnakan perasmian Galeri Rumah Lat di Jalan Bemban pada 8 Julai 2023. Galeri itu menempatkan hasil seni yang dihasilkan kartunis tersohor tanah air, Datuk Mohd Nor Khalid, atau dikenali sebagai Datuk Lat, sejak dari tahun 1962. Bersempena dengan majlis tersebut, DYMM berkenan menyampaikan titah perasmian kepada para undangan yang hadir. Yang berikut diperturunkan titah baginda.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.