Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil.
Kemeriahan sambutan perayaan tersebut, khususnya di Batu Caves, menyaksikan lautan penganut Hindu dan pelancong membanjiri Kuil Sri Subramaniar Batu Caves di sini sejak pukul 6.00 pagi untuk menyambut perayaan Thaipusam dan ada yang mendaki 272 anak tangga itu.
Puluhan ribu penganut agama Hindu menyempurnakan nazar masing-masing dengan membawa palkudam (belanga susu) dan kavadi, selain memecahkan kelapa serta mencukur rambut sebagai penebus dosa.