15 Februari 2024, 12:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi – Persidangan Persatuan Pengajian Antarabangsa Malaysia yang julung-julung kali dianjurkan oleh Persatuan Pengajian Antarabangsa Malaysia (MyISA) membuka tirainya pada pagi semalam. Persidangan selama dua hari ini diadakan di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

YBhg. Profesor Dr Johan Saravanamuthu ketika menyampaikan ucaptama Persidangan Persatuan Pengajian Antarabangsa Malaysia.

Bertemakan “Megatrends in the Indo-Pacific Region: Issues & Challenges for Malaysia and Southeast Asia”, persidangan ini dijayakan dengan kerjasama erat Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, UKM, Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan, Universiti Malaya dan PORTICUS.

Persidangan ini dianjurkan sebagai platform wacana intelektual dan pertukaran idea tentang trend mega yang membentuk rantau Indo-Pasifik selain memberikan kefahaman terhadap isu atau cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dan rantau Asia Tenggara dalam persekitaran yang dinamik serta kompleks.

Ucaptama persidangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Dr Johan Saravanamuthu dari Nanyang Technological University (NTU), Singapura. Sesi pleno selepas itu pula dibarisi oleh YBhg. Profesor Emeritus Dr. D. S. Ranjit Singh dari Universiti Utara Malaysia (UUM), YBhg. Profesor Ruhanas Harun dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), YBhg. Profesor Dr. K.S. Nathan dari UKM dan YBhg. Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dari Institut Asia – Eropah, Universiti Malaya sebagai pemudah cara.

Pengerusi myISA, YBhg. Profesor Dr. Zarina Othman.

Acara pelancaran rasmi Persatuan Pengajian Antarabangsa Malaysia (myISA) turut diadakan dan disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Zakaria Haji Ahmad.

Terdahulu, sesi pembukaan persidangan telah disempurnakan oleh Pengerusi myISA, iaitu YBhg. Profesor Dr. Zarina Othman.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.