24 Februari 2024, 17:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bangie Embol dianugerahi Tokoh Kraf Negara 2024 bersempena dengan Hari Kraf Kebangsaan 2024. Beliau merupakan individu yang aktif dalam bidang kraf tekstil tenunan pua.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyampaikan anugerah tersebut dalam majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Anugerah Tokoh Kraf Negara 2004 kepada Bangie Embol.

Menurut MOTAC, penganugerahan tersebut merupakan pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada individu yang mempunyai kredibiliti serta menunjukkan ketokohan, prestasi dan sumbangan yang cemerlang dalam usaha memelihara, memulihara dan memartabatkan seni kraf negara di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sementara itu, Jasni Abdullah yang merupakan usahawan kraf tekstil (batik) menerima Anugerah Usahawan Kraf. Anugerah tersebut adalah pengiktirafan khas daripada Kraftangan Malaysia kepada usahawan kraf yang menunjukkan pencapaian cemerlang dan pelibatan aktif dalam pembangunan industri kraf negara.

Jasni Abdullah merima Anugerah Usahwan Kraf.

Bersempena majlis tersebut juga, Anugerah Komuniti Kraf disampaikan kepada Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kraf Batik Lenggong, Perak yang diwakili oleh Asmaeyah Sihabudin.

Suatu pembaharuan yang dilakukan oleh penganjur pada tahun ini ialah pelibatan 10 jurudemo seni kraf antarabangsa, iaitu dari negara China, Thailand, Uzbekistan dan India.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato Sri Tiong King Sing menerusi ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa pelibatan jurudemo dari negara China menunjukkan hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dengan China bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-50 pada tahun ini.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.