Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangNama perniagaan Cina dipandang berat oleh masyarakat Cina. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Cina percaya bahawa nama yang sesuai dan baik merupakan penentu kejayaan sesuatu perniagaan. Nama perniagaan dikatakan dapat mengundang tuah dan menolak bala. Sekurang-kurangnya, nama yang dirasakan baik menjadi pembakar semangat untuk seseorang yang baru menceburi dunia perniagaan bagi menempuh persaingan sengit yang sedia menanti.
Ada peniaga yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat pakar feng syui bagi menentukan nama perniagaan yang sesuai. Hal ini melibatkan pengiraan jumlah garisan aksara Cina, rujukan kepada kitab yang lama, seperti kitab I-Ching. Nama yang dihasilkan tidak harus sebunyi atau hampir sebunyi dengan kata lain yang berkonotasi buruk. Selain itu, nama yang dicipta harus mudah dibaca, disebut dan diingat agar mudah dipopularkan dan disebarluaskan.
Yang pertama, nama perniagaan Cina pada kebiasaannya menjelaskan jenis perniagaan yang dijalankan supaya mudah dikenal pasti oleh para pelanggan. Sebagai contohnya, kedai makan, restoran, kedai ubat, farmasi, klinik, kedai buku, kedai jam, kedai kain, kain emas, kedai makan mi belacan dan sebagainya.
Ada juga papan tanda perniagaan kedai Cina yang memaklumkan nama keluarga atau nama diri sepenuhnya bagi pemiliknya. Selain itu, nama perniagaan Cina pada kebiasaannya mengungkapkan doa dan harapan pengusaha agar perniagaan terus berkembang dan maju jaya. Oleh sebab itu, nama tersebut mengandungi kata adjektif yang menyatakan hasrat tersebut. Contoh nama dapat dilihat seperti yang berikut:
Ada kata adjektif dan kata nama yang dikaitkan dengan perniagaan tertentu, seperti yang berikut:
Selain itu, ada kata adjektif yang bermakna positif yang dikaitkan dengan pelbagai jenis perniagaan, seperti yang berikut:
Pada kebiasaannya, kata adjektif itu digandingkan dengan kata adjektif lain, kata nama atau kata adverba dan dinyatakan dalam bentuk frasa, seperti yang berikut:
Ada nama perniagaan Cina yang dikaitkan dengan keluarga diraja untuk menampilkan kehebatannya, seperti yang berikut:
Di samping itu, nama perniagaan Cina mungkin berkaitan dengan hal lain yang mengandungi makna konotasi yang positif. Antaranya contoh nama termasuklah haiwan seperti naga yang menandakan kehebatan serta perlindungan dan kuda yang berkonotasi perkembangan yang pesat. Selain itu, ada juga nama perniagaan yang memaparkan lokasi seperti kata “selatan” kerana Malaysia terletak di selatan China, atau kata “timur” kerana Malaysia terletak di sebelah bawah angin
Ada juga nama perniagaan yang cuba mendampingi para pelanggan atau mengajak pelanggan agar datang beramai-ramai, seperti yang berikut:
Di samping itu, ada juga kedai makan yang menggunakan bahasa percakapan untuk menyatakan kehebatan hidangan yang disajikan:
Ada nama perniagaan Cina yang tulisan bakunya dapat dibaca dengan pelbagai cara mengikut dialek suku kaum masing-masing. Sebagai contohnya, kata nama keluarga 张zhang mungkin dibaca sebagai Teo (Teochew), Chong (Hakka) atau Tiong (Foochow).
Oleh sebab perniagaan Cina beroperasi di Malaysia, nama perniagaan ini diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Hal ini mendatangkan kesukaran kepada para penterjemah disebabkan oleh kekangan pengetahuan dari segi bahasa dan sosiobudaya. Selain itu, struktur bahasa yang berbeza mungkin menyebabkan terjemahan yang dilakukan menyalahi tatabahasa bahasa Melayu.