Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKredit foto: Majlis Kebudayaan Negeri Selangor
Dekad 1970-an merupakan tahun-tahun dari 1970 hingga 1979. Dekad ini telah menyaksikan perubahan yang besar dalam persekitaran ekonomi dan budaya di seluruh dunia, termasuk Malaysia, terutamanya dalam pembuangan nilai tradisional dan penyemarakkan gagasan baharu. Kuasa dunia yang berpengaruh seperti Amerika Syarikat juga turut mengalami banyak peralihan ini.
Pada hakikatnya, industri fesyen selalu berkembang dari waktu ke waktu, menghadirkan trend baharu yang memikat hati dan mencerminkan semangat era tersebut. Zaman yang paling berkesan dalam sejarah fesyen adalah tahun 70-an. Era ini dianggap sebagai puncak kepada perubahan sosial, budaya dan politik, sehingga reka bentuk busana pun memberikan respon dengan gaya yang ceria, berani, penuh ekspresi dan penampilan yang unik.
Beberapa sumber menyatakan bahawa trend fesyen tahun 1970-an awalnya dipengaruhi oleh hippie style yang sempat menjadi budaya baharu di Amerika pada akhir tahun 1960-an. Kaum hippie bermula daripada sekumpulan mahasiswa berusia dua puluhan di Amerika Syarikat yang berasa terasing daripada masyarakat kelas menengah yang didominasi oleh materialisme dan represi. Para hippie lalu mengembangkan gaya hidup khas mereka yang eksperimental dan memiliki kecenderungan kepada kesenian.
Gaya ini mencerminkan sikap yang bebas dan tidak terikat, kelihatan daripada para pelakunya yang sering mendengar muzik psychedelic rock dan tidak jarang juga mengambil ubat-ubatan terlarang untuk merangsang imaginasi dan memberikan kesan perasaan bebas. Gaya hippe dikenali banyak meminjam elemen budaya bukan Barat, seperti dari Asia Barat, Afrika, Mexico dan India.
Fesyen 1970-an bermula dengan kesinambungan trend fesyen dari dekad sebelumnya, iaitu gaya hippie yang popular pada akhir 1960-an. Gerakan hippie menganjurkan kebebasan individu, perdamaian dan cinta alam yang tercermin dalam gaya pakaian mereka yang santai, longgar dan dipengaruhi oleh budaya etnik. Pengaruh ini terus berlanjutan pada awal 1970-an dengan gaun maxi, baju rajut dan aksesori mencolok seperti kalung panjang, gelang getah dan topi berbulu.
Penggal pertengahan trend fesyen dipengaruhi oleh muzik, filem dan selebriti yang mempopularkan fesyen berbeza. Filem Saturday Night Fever yang beredar dalam masyarakat pada tahun 1977 menginspirasikan trend fesyen disko/ Selain itu jenama mewah Saint Laurent Rusia juga mengeluarkan koleksi Fall/Winter 1976/77 dengan bahan kain yang mewah menandai kembalinya trend mewah dan daya tarikan, namun tetap mengusung konsep buatan tangan.
Manakala pada penggal akhir 1970-an, fesyen yang popular adalah punk style juga dipengaruhi oleh muzik. Pergerakan punk sebenarnya telah muncul sejak tahun 1960-an di Amerika Syarikat, namun menjadi semakin besar di pertengahan tahun 1970-an. Hal ini disebabkan oleh permasalahan ekonomi pasca perang seperti kehilangan pekerjaan.
Anak-anak muda di sana ingin menyalurkan emosi mereka dari masa sukar tersebut, sehingga muzik punk akhirnya muncul. Pakaian dengan jahitan yang tidak rapi, baju dengan grafis provokatif dan aksesori seperti kancing stiker dan rantai logam menjadi trend dalam kalangan anak muda yang ingin menentang norma sosial.
Pada tahun 1970-an, gerakan feminis di Amerika Syarikat dikenali dengan istilah “second-wave feminist”. Pada masa ini, banyak kaum feminis kembali melakukan pergerakan yang menuntut hak kesetaraan jantina. Bukan hanya di Amerika, gerakan ini juga disebarkan di negara besar lain seperti England.
Maraknya isu kesetaraan gender juga akhirnya mempengaruhi gaya berpakaian pada waktu itu. Wanita mula membebaskan diri daripada pakaian yang membatasi gerakan mereka dan mulai menyerap gaya yang lebih fungsional dan nyaman. Pakaian seperti seluar panjang, jumpsuit dan blazer yang terinspirasi daripada pakaian lelaki menjadi trend. Hal ini mencerminkan semangat kesetaraan gender dan keinginan wanita untuk mendapatkan kedudukan yang lebih kuat dalam masyarakat.
Tahun 1970-an juga dikenali sebagai “dekad polyester” kerana kain sintetik menjadi lebih luas dalam rentang 10 tahun tersebut. Kain sintetik juga membuat gaun moden tersedia dengan harga yang lebih variatif. Gaun yang dibuat daripada polyester sangat popular pada waktu itu kerana tahan terhadap kedutan dan kekotoran.
Selain itu, gaun ini sangat sesuai untuk sesiapa yang menyukai warna gemerlap dan berani dengan bahan lentur dan sesuai di badan. Jumpsuit Vinyl merupakan salah satu trend fesyen yang tidak dapat dilupakan banyak orang, sebagai sebahagian daripada kain disko chic yang dihiasi dengan rhinestones dan juga payet.
Di Eropah, tahun 1970-an juga memperlihatkan pemakaian kot separas betis terutamanya ketika musim sejuk. Kot ini bertali pinggang dan berhias bulu di bahagian lapel dan lengan serta mempunyai poket besar di bahagian hadapan skirt. Seluar juga menjadi fesyen kegemaran pada tahun 1970-an. Sebelum ini, seluar dipakai untuk bersukan, tetapi pada tahun 1970-an mereka memakainya untuk ke majlis sosial. Materialnya termasuklah kain jersi dan crepe de chine.
Warna turut memainkan peranan dalam fesyen pada tahun 1970-an. Warna terang seperti hijau, ungu, merah jambu dan oren amat digemari. Warna ini kadang-kadang dipadukan membentuk corak abstrak seakan-akan tie-dye atau batik. Aran merupakan fesyen fisherman’s knit sweater yang berkonsepkan kembali kepada alam semula jadi. Warna bumi seperti coklat, kelabu dan perang menjadi pilihan.
Sweater yang dipakai mempunyai berbagai bentuk tekstur, berbut tinggi dan mempunyai pengaruh berbagai-bagai etnik. Fabrik tiruan berkembang di Eropah. Nylon, acrylic, polyester, tricot digunakan menggantikan fabrik yang lebih mahal seperti kain bulu.
Pakaian kasual membanjiri Eropah pada tahun 1970-an. Berbagai-bagai pilihan terdapat seperti casual shirt, besbol shirt, t-shirt, kemeja berbunga dan sebagainya. Pakaian lain termasuklah overalls, suit parachute dan sky-diver suit. Gaya Wanita pada tahun 1970-an menggayakan fesyen yang lebih feminin. Mereka memakai pakaian kasual dengan blaus bercorak kain kapas serta mempunyai smocking.
Terdapat pengaruh Timur pada pakaian mereka termasuklah ala-ala India, sulaman besar dan kecil. St. Tropaz look amat berleluasa pada tahun 1973. Pakaian ini berpotongan skirt sendat di bahagian punggung dan peha, tetapi mengembang ke bawah. Potongan skirt menyerong dengan fabrik bercorak diselang-selikan dengan fabrik kosong. Baju kecil tanpa lengan, berbutang di hadapan dan dihiasi ropol di bahagian bawah. Fesyen dilengkapi topi brim luas.
Pada tahun 1970-an juga, pereka fesyen dari Amerika seperti Calvin Klein, Ralph Laurent dan Perry Ellis mula mencipta nama. Mereka memperkenalkan pakaian berpotongan klasik dan siap untuk dipakai. Suit dan jaket mereka dibuat daripada kain bulu, manakala blaus dan skaf dibuat daripada kain sutera.
Pakaian sukan turut dipelbagaikan kegunaannya. Bukan hanya untuk bersukan, malah juga dipakai untuk bersosial. Suit jogging diperkenalkan, potongannya seluar sederhana longgar dan sweatshirt bertutup kepala atau berzip ke atas. Pakaian ini berwarna-warni serta dihiasi jaluran di lengan dan seluar. Fabrik Dacron banyak digunakan.
Satu trend yang ketara pada tahun 1970-an ialah pakaian formal, kasual dan sukan diadun bersama. Hal ini membuatkan fesyen tersebut sesuai dipakai untuk ke pejabat, kelab atau ke parti. Aksesori tambahan seperti beg, rantai, subang dan skaf silih berganti, sesuai dengan suasana. Calvin Klein banyak memaparkan fesyen ini.
Era 1970-an dilengkapi dengan kemunculan pereka fesyen daripada Jepun yang menarik perhatian dunia dengan gaya ‘Japanese Look’. Pereka fesyen yang mempopularkan gaya ini termasuklah Miyake, Matsuda dan Yohji Yamamoto. Gaya ini menampilkan pakaian yang longgar, berlapis-lapis dan mempunyai tekstur yang menarik hasil daripada penggunaan pelbagai jenis gentian termasuk gentian semulajadi, campuran dan sintetik.
Akhir tahun 1970-an juga diramaikan dengan gaya berbusana Punk. Awal mula budaya Punk berasal dari England dan diramaikan dengan munculnya kumpulan kumpulan muzik beraliran Punk bernama Sex Pistols dengan lagunya yang popular pada waktu itu iaitu God Save The Queen.
Tahun 1970-an juga terkenal dengan budaya muzik disko. Gaya berpakaian pada ketika itu menunjukkan budaya disco berkembang pesat. Sekali lagi, pada tahun 70-an ini didominasi oleh anak-anak muda. Gaya berbusana ditunjukkan dengan penggunaan seluar pendek ketat atau hot pant, berkasut rata. Artis popular pada ketika itu adalah John Travolta dengan filemnya yang terkenal Saturday Night Fever.
Jadi, dapat disimpulkan bahawa fesyen tahun 1970-an merupakan penggal yang beragam dan penuh perubahan. Daripada gaya hippie yang santai sehingga trend disko yang penuh tarikan, setiap gaya mencerminkan semangat dan perubahan budaya pada waktu itu. Pengaruh fesyen tahun 1970-an masih dapat dilihat hingga hari ini, baik dalam reka bentuk pakaian, aksesori, mahupun gaya yang dihadam oleh para reka bentuk fesyen moden.