Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Bersempena dengan bulan suci Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, CIMB Bank Berhad (CIMB) memperkasakan matlamatnya untuk memajukan pelanggan dan masyarakat menerusi tindakan nyata di CIMB OCTOFest.
Siri acara yang dikurasi khas ini menggabungkan unsur perdagangan, komuniti dan budaya untuk memberikan pengalaman yang lebih bermakna.
Menurut Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Kumpulan CIMB, Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri merupakan masa untuk mengeratkan hubungan, kasih sayang dan kebersamaan – salah satu tempoh paling penting bagi keluarga mahupun perniagaan.
“Matlamat kami menerusi CIMB OCTOFest mudah, iaitu menyatukan orang ramai, berkongsi keberkatan dan meraikan semangat musim perayaan ini,” ujarnya.
Antara acara utama CIMB OCTOFest termasuklah festival raya tiga hari yang dianjurkan dengan kerjasama KL Foodie dari 6 Mac 2026 hingga 8 Mac 2026 di MyTOWN Shopping Centre.
Acara tersebut menghimpunkan lebih 50 vendor tempatan bersama-sama persembahan kebudayaan dan persembahan secara langsung.

CIMB OCTOFest juga turut diadakan di bazar Ramadan yang meriah di Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar.
Pengunjung boleh menikmati pelbagai pengalaman di CIMB OCTOFest, seperti merasai juadah perayaan popular dan meneroka jenama tempatan dari Malaysia, Indonesia, dan Singapura di Rumah ASEAN.
Mereka juga berpeluang menyertai bengkel ikatan celup batik (tie-dye) dan aktiviti seni pasir di Rumah Riang CIMB, serta berhibur dengan persembahan artis popular, Bella Astillah, dan bintang CIMB’s Rising Start, Scha Nuril dan Firdaus.
Pelbagai aktiviti seperti Cabaran Congkak Besar, gelanggang Batu Seremban Gergasi, Teng-Teng, Karaoke Raya, pemberian duit raya, Pertunjukan Teh Tarik Istimewa, pengagihan bubur lambuk, bengkel Ramadan–Raya dan Cabaran Hadiah Raya CIMB turut disusun untuk orang ramai.