Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangTumpat – Selaras dengan hasrat Kementerian Komunikasi menerusi agensi pelaksana Dana Kandungan Kreatif (DKK) Sektor Filem, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah meluluskan 10 buah projek supertelefilem di bawah Dana Supertele Bintang Veteran (STAR) bagi membuka peluang kepada pelakon dan kru untuk berkarya, seterusnya memastikan kebajikan penggiat veteran terbela.
Baru-baru ini, Pengarah Bahagian Pengurusan Produksi FINAS, Encik Mohd. Fazli Abdul Aziz telah mengadakan lawatan pemantauan penggambaran penerima Dana STAR supertelefilem bertajuk Tanah Tumpat terbitan Pentas Wayang Production Sdn. Bhd., arahan YBhg. Dato’ TS Jefrey.
Tanah Tumpat dibintangi pelakon handalan seperti Wan Hanafi Su, Sulaiman Md. Yasin (Mat Over), Sabri Yunus, Datin Fadilah Mansor, Kamarol Haji Yusof, Awang Darus Awang Hamat, Johari Hamid dan Azmi Gawai.
Tanah Tumpat memaparkan perjuangan seni makyung yang semakin dilupakan, dan penggambaran diadakan di sekitar Tumpat.
Syarikat produksi menerima Dana STAR dengan syarat melibatkan 60 peratus pelakon, dan krew berumur 55 tahun ke atas.