Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangRawang – Tourism Selangor memaklumkan bahawa Taman Eko Rimba Kanching (TERK) akan kembali beroperasi bermula pada 26 Mac 2022, dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.

Penyambungan operasi ini adalah tertakhluk kepada garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti berikut:
Menurut Tourism Selangor, kadar bayaran terbaharu bagi kemasukan ke TERK adalah seperti berikut:
Isnin – Jumaat: RM2 seorang (warganegara); RM8 seorang (bukan warganegara).
Sabtu, Ahad dan cuti umum: RM3 seorang (warganegara); RM8 seorang (bukan warganegara).
Untuk informasi lanjut, pengunjung boleh melayari www.selangor.travel, atau mengikuti kemas kini di laman Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor.