Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangAmpang – Pihak Badan Pengurusan Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp) telah membuat persediaan dan kini sedang menghadapi proses Penilaian GHLGp yang bermula pada 15 hingga 18 Ogos 2022 yang dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Geopark Kebangsaan. Program ini dijalankan selama 4 hari dan melibatkan 13 stesen di Daerah Gombak dan Hulu Langat. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2019 dan merupakan langkah permulaan yang signifikan menuju matlamat pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) pada tahun 2025.
Menurut Yang Berhormat (YB) Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor dalam ucapan perasmian Sesi Penilaian Gombak-Hulu Langat Geopark di Grand Barakah Hotel Ampang, Projek Gombak-Hulu Langat Geopark berperanan besar dalam penjagaan dan pemuliharaan aset alam semula jadi seperti pergunungan, hutan, hidupan flora dan fauna. Khazanah alam dan warisan tersebut perlu dipelihara dan telah memberi manfaat kepada rakyat negeri Selangor saban tahun. Tapak warisan geologi yang dikenali sebagai geotapak berkepentingan kebangsaan, serantau atau antarabangsa dibangunkan secara lestari bagi meningkatkan apresiasi, tahap ekonomi dan nilai budaya penduduk khususnya di negeri Selangor, terutamanya melalui penglibatan komuniti dalam aktiviti berteraskan pelancongan.
“Gombak-Hulu Langat Geopark telah memperkukuhkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha memeliharan alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat dan seterusnya menyokong usaha menuju pencapaian Sustainable Development Goals (SDG) dan hal ini selari dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar, berdaya huni dan makmur menjelang tahun 2025,” ujar YB Hee Loy Sian.
Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor merangkap Pengerusi Badan Pelaksana GHLGp berkata, pelaksanaan Projek GHLGp bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan GHLGp sebagai geopark kebangsaan serta berperanan untuk dijadikan model pendidikan dan program kesedaran awam untuk pemuliharaan warisan geologi, biologi dan kebudayaan. Pendedahan mengenai sektor geopelancongan ini dapat menggalakkan pembangunan mampan dalam kalangan geokomuniti.
GHLGp merupakan rangkuman 20 geotapak yang dikenal pasti berpotensi serta mempunyai kepentingan geologi adalah aset negara yang sangat bernilai khususnya kepada negeri Selangor. GHLGp yang melibatkan kawasan seluas 112 955 hektar terletak di dua daerah, iaitu Gombak (13 geotapak) dan Hulu Langat (7 geotapak).
Terdapat beberapa nilai keunikan geologi di geotapak jajaran Gombak-Hulu Langat yang berkepentingan global dan mempunyai nilai signifikan yang tinggi untuk dipelihara. Antaranya seperti yang berikut:
Sasaran utama pelaksanaan projek ini adalah seperti yang berikut:
Kesan pelaksanaan Gombak-Hulu Langat Geopark yang selari dengan RS-1, Pelan Induk Pelancongan Negeri Selangor 2021-2026 dijangka akan menggandakan jumlah kedatangan pelancong, meningkatkan pendapatan serta resit pelancongan, merancakkan ekonomi sekitar dan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan baharu khususnya dalam sektor pelancongan.