24 Mei 2023, 17:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – UOB Malaysia telah melancarkan pertandingan UOB Painting of the Year (POY) (Malaysia) ke-13 dan mengundang para pelukis mapan dan baharu untuk mendedahkan bakat seni sambil mempamerkan kemahiran seni mereka.

Poster pertandingan UOB Painting of the Year (Malaysia) ke-13.

Pertandingan UOB POY ialah program seni visual serantau utama UOB Malaysia dan menjadi satu daripada pertandingan seni tahunan paling berprestij di Asia Tenggara. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil dan memupuk bakat seni di seluruh rantau ini. Pada tahun ini, pertandingan seni serantau ini telah berkembang ke Vietnam yang membolehkan lebih ramai pelukis memaparkan minat mereka terhadap seni.

Puan Ng Wei Wei, CEO, UOB Malaysia.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia berkata,

Di UOB Malaysia, kami berpendapat bahawa seni memainkan peranan sebagai pemangkin masyarakat dalam meningkatkan perubahan sosial, mewujudkan keterlibatan yang lebih besar dan juga menyatukan rakyat berbagai-bagai budaya dan latar belakang. Seni juga berupaya mendekatkan komuniti dengan meluaskan pemahaman antara satu sama lain. Oleh yang demikian, kami sentiasa berusaha menjadikan seni lebih mudah diakses oleh masyarakat yang lebih luas. Selaras dengan matlamat bank untuk ‘Membina Masa Depan ASEAN’, pelancaran edisi ke-13 pertandingan seni tahunan UOB POY ini mengukuhkan sokongan berterusan kami terhadap seni di Malaysia, di samping komitmen kami untuk memupuk generasi pelukis Asia Tenggara yang akan datang, selain membantu mereka mencapai potensi penuh mereka.

Pemenang utama negara akan menerima hadiah bernilai RM100 000, sekali gus menjadi antara lima orang pemenang bagi setiap negara termasuk Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam yang akan bersaing untuk anugerah terkemuka UOB POY Asia Tenggara, serta memenangi hadiah tambahan bernilai S$13 000. Pemenang juga berpeluang menghadiri program residensi di Muzium Seni Asia Fukuoka yang terkenal di Jepun.

Bagi meneruskan lagi sokongan terhadap usaha seni para pelukis di rantau ini, UOB Malaysia meningkatkan jumlah hadiah wang tunai bagi Kategori Pelukis Baharu, iaitu pemenang Pelukis Harapan, yang akan menerima RM16 000 pada tahun ini berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

Penyertaan pertandingan ini dibuka bermula pada hari ini hingga 31 Julai 2023. Pertandingan ini juga terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. Pemenang anugerah UOB POY (Malaysia) ke-13 akan diumumkan di majlis anugerah pada bulan September 2023.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.