Diterbitkan pada 3 Disember 2021, 08:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Malaysia Art Ecosystem Festival (MAEF) merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan oleh Balai Seni Negara, bermula pada 3 hingga 5 Disember 2021. Festival yang berlangsung di World Trade Center Kuala Lumpur ini mengumpulkan para penggiat seni yang berkecimpung dalam ekosistem seni visual negara.

Sumber: Balai Seni Negara.

Menurut Pegawai Penerangan Balai Seni Negara, Encik Safwan Hamsi, MAEF memfokuskan pameran karya, produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pemain seni untuk diperkenalkan kepada khalayak.

Tambah beliau, “Kita ingin memperlihatkan kesatuan dalam ekosistem seni yang bukan sahaja terdiri daripada pelukis dan galeri seni visual, bahkan institusi pendidikan yang melahirkan penggiat seni, serta penyedia perkhidmatan yang berkaitan dengan seni.”

Balai Seni Negara memperkenalkan istilah usahawan seni bagi mengajak penggiat seni ini supaya bergerak secara keusahawanan.

MAEF juga bakal menyajikan kepada para pengunjung beberapa program, antaranya perkongsian usahawan seni mengenai pengalaman dan cabaran mereka dalam mendepani pascapandemik COVID-19.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi