Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Tourism Malaysia telah melancarkan kempen beli-belah dalam talian yang diberikan nama Miss SHOPhia. Kempen yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia ini merupakan usaha untuk mempromosikan aktiviti beli-belah di Malaysia melalui platform digital yang dibangunkan, iaitu Miss SHOPia.
Miss SHOPhia Virtual Hunt 2021 ini merupakan usaha mengadaptasikan norma baharu dan kebiasaan baharu yang selari dengan keadaan semasa pandemik COVID-19 ini. Kempen ini berlangsung pada 18 Disember 2021 dengan menggunakan aplikasi Zoom dan disertai oleh 111 orang daripada dalam dan luar negara. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang peserta termasuk media dan juga orang awam.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah dengan menyelesaikan teka-teki menggunakan petunjuk seperti makanan tradisi Malaysia, pusat lawatan pelancong seperti Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Langkawi, Kuching dan Pulau Pinang. Peserta juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM39 ribu tertakluk kepada terma dan syarat.
Kempen ini diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia. Beliau juga berharap melalui aktiviti ini peserta dapat mengenali keistimewaan Malaysia dan juga keunikan serta kepelbagaian makanan di Malaysia dengan lebih dekat walaupun hanya melalui alam maya.
Semoga program ini memberikan keterujaan kepada pelancong untuk melawat Malaysia melalui pembukaan Langkawi pada 15 November 2021 bagi program gelembung pelancongan,” tambahnya lagi.