4 Mac 2022, 14:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pameran ArtEDecor kali ketiga berlangsung dari 3 Mac 2022 hingga 6 Mac 2022. Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pameran tersebut diadakan selama empat hari dari pukul 11.00 pagi hingga 8.00 malam pada hari Khamis hingga Sabtu, manakala pada hari terakhir, iaitu pada hari Ahad, pameran bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pameran ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada Balai Seni Negara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Terdapat lebih kurang 80 artis tempatan mengambil bahagian dengan ratusan karya seni yang dipamerkan sepanjang program ini berlangsung. Selain pameran karya seni para artis tersebut, terdapat juga beberapa buah program lain seperti seminar seni, lukisan dan persembahan muzik secara langsung  dan lain-lain sepanjang tempoh pameran ini berlangsung.

Sumber foto: Facebook Balai Seni Negara.

Menurut  Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Pameran ArtEDecor 2022 merupakan platform bagi karyawan dan pembeli untuk bertemu dan menjual hasil seni mereka secara terus. Beliau juga percaya pameran ini mampu menarik perhatian pembeli antarabangsa bagi mendapatkan hasil karya seni para artis tempatan negara kita.

Bukan itu sahaja, MOTAC juga mengalu-alukan semua pihak yang berkenaan untuk mempromosikan pelancongan melalui seni agar hasil seni para artis tempatan kita mampu sampai ke tahap mempromosikan seni secara global sebagai pasaran eksport.

Majlis Perasmian Pameran ArtEDecor 2022 telah disempurnakan oleh Menteri MOTAC, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri pada 3 Mac 2022. Yang turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Pengarah Urusan WTCKL, Dato’ Sri Dr. Irmohizam Ibrahim, Penasihat ArtDecorKL, Duta Besar Dato Mohd Yusof Ahmad dan pereka terkenal tanah air yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Dato’ Indera Dayang Fatimah Tom Abang Saufi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.