Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangTanjong Malim – Perjalanan anak muda dalam arena seni persembahan perlu bersaing bagi menonjolkan bakat mereka supaya dapat bertahan dalam industri seni. Penulis mendapat peluang menemu bual Faizal Ruhaijat yang dapat memberi inspirasi kepada anak muda dalam bidang seni persembahan terutamanya kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Faizal Ruhaijat merupakan mahasiswa dalam bidang seni persembahan teater yang mempunyai semangat luar biasa terhadap kerjaya seni. Pada 14 Januari 2023, Faizal bersama-sama produksi Thespian Resources dan produksi Pleiades telah menjayakan Tayangan Perdana Kasam (Sesi Ramah Mesra) selepas berjaya merangkul Juara Anugerah Kesan Khas Terbaik dan Juara Sinematografi Terbaik dalam Festival Filem Pelajar Malaysia ke-13 yang diadakan di UPSI.
Faizal Ruhaijat turut berkongsi kisah mereka yang menggunakan bajet yang kecil sekitar RM900 ketika melakukan rakaman bertempat di Johor. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran ketika melakukan rakaman, namun pengalaman berharga tersebut pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Matlamat filem Kasam ingin membawa mesej kepada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) supaya memberi perhatian dalam aspek mental dan rohani kepada suku kaum orang Asli di Malaysia. Faizal Ruhaijat dan ahli produksi sangat berpuas hati dengan kejayaan mereka menggondol dua anugerah dan tempat kelima terbaik dalam lima kategori anugerah yang lain.
Kejayaan Faizal Ruhaijat sebelum ini yang berjaya merangkul Juara Taikun Muda anjuran TV Al-Hijrah bagi program keusahawanan turut membawa personaliti menarik kerana minat dalam seni persembahan tidak menghalang beliau untuk terlibat dalam keusahawanan sebagai nilai tambah membina kerjaya pada masa akan datang. Semoga inspirasi anak muda ini menjadi pemangkin kepada para mahasiswa seni persembahan agar aktif melibatkan diri dalam program anjuran universiti dan di luar universiti.