21 Januari 2023, 16:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) menganjurkan majlis apresiasi bagi meraikan para pelajarnya yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.

Majlis penyampaian hadiah serta cenderamata kepada para peserta.

Afiq Aiman A. Jailani selaku Pengarah Projek Majlis Apresiasi PSUM berkata, Profesor Madya Dr. Zulkanain Abdul Rahman, Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya telah menyempurnakan gimik perasmian dan menyampaikan hadiah serta cenderamata kepada para peserta pada malam itu.

Tambah beliau, majlis yang diadakan ini juga berjaya menampilkan bakat-bakat baharu dalam kalangan pelajar daripada PSUM.

“Sesungguhnya mahasiswa universiti ini bukan sahaja berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan, malah keunikan dan keyakinan dalam mempersembahkan bakat dalam kalangan mereka juga menunjukkan kualiti pelajar yang berada di sini,” jelas Afiq Aiman.

Antara anugerah yang disampaikan pada malam itu ialah Anugerah Berkepimpinan, Anugerah Sahsiah Terpuji dan Anugerah Kokurikulum.

Dalam majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan tampuk kepimpinan Yang Dipertua PSUM sesi 2021/2022, Muhammad Solihan Mohammad Ghazali kepada Yang Dipertua PSUM sesi 2022/2023, iaitu Muhammad Hazwan Hairul Hisham.

Semoga jalinan hubungan antara ahli persatuan dan kerancakkan aktiviti PSUM untuk sesi tahun ini lebih banyak diadakan merangkumi peringkat universiti mahupun pihak luar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.