12 Mei 2023, 14:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Perpaduan dalam kepelbagaian. Itulah mesej terpenting daripada ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara ketika merasmikan Pameran Bidan dan Majlis Ramah Mesra Aldilfitri pada pagi tadi.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara ketika merasmikan Pameran Bidan

“Saya berharap pameran dan majlis ini dapat mencapai objektifnya untuk mengeratkan kefahaman kepelbagaian kebudayaan kita di Malaysia selaras dengan fungsi teras dan objektif Kementerian Perpaduan Negara dalam menjaga perpaduan, kebudayaan dan kefahaman kepelbagaian antara semua kumpulan etnik, agama dan budaya agar terpelihara selama-lamanya,” kata beliau.

“Sebab itu tema kita di Kementerian Perpaduan Negara ialah perpaduan dalam kepelbagaian. Oleh itu pelbagai budaya yang ada di negara kita perlu dikekalkan dan dipamerkan untuk sekarang dan untuk masa-masa akan datang,” jelas YB Datuk Aaron Ago Dagang.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni merangkap Timbalan Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia iaitu YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim.

Pameran Bidan yang diadakan ialah anjuran Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia di Galeri 1, Muzium Negara, Kuala Lumpur dan telah bermula sejak 1 Mei 2023 sehingga 31 Julai 2023.

Pameran Bidan bermula sejak 1 Mei 2023 sehingga 31 Julai 2023

Matlamat penganjuran pameran ini ialah untuk menghargai peranan bidan tradisional (bidan kampung) dan bidan moden dalam institusi kesihatan bersempena dengan sambutan Hari Bidan yang disambut pada 5 Mei setiap tahun.

Mangkuk mandi bayi etnik Dayak

Koleksi peralatan berkaitan bidan seperti mangkuk mandi bayi etnik Dayak, pendukung bayi etnik Orang Ulu Kenyah, kerusi besalin masyarakat Cina, sengkalan, lupong manang atau bekas simpanan ubat etnik Iban pastinya akan menarik perhatian para pengunjung yang hadir ke pameran tersebut.

 

 

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.