Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKota Damansara – Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan telah mengadakan Majlis Penyampaian Bengkung dan Selempang kali ke-10 di Pusat Latihan MSGA Sdn Bhd, Kota Damansara kepada 17 orang pesilat yang telah melepasi ujian.
“Silat merupakan salah satu seni warisan Melayu yang wajar dikekalkan kerana ianya mampu memupuk jati diri yang kuat terutama untuk generasi muda yang bakal mewarisi negara“ ujar Pengasas Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan Mejar Hasrul Taufek Roslan PNBB (Lebanon) PPS PPA TUDM (Bersara).
Majlis Pemakaian Bengkung dan Selempang merupakan majlis bagi meraikan kejayaan ahli Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan Selangor yang telah lulus ujian kenaikan bengkung. Kenaikan bengkung adalah untuk menentukan tahap pelajaran silat yang telah dilalui oleh pesilat.
Ujar beliau lagi, silat bukan sahaja merupakan seni bela diri malah dapat mewujudkan rasa cinta pada seni warisan, menyihatkan tubuh badan dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam rohani para pengamalnya.
Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan telah ditubuhkan sejak tahun 2013 dan telah melahirkan ribuan pesilat.