16 Jun 2023, 21:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia dan anak syarikatnya, iaitu Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. (Karyaneka) telah mengadakan Majlis Perasmian Outlet Baharu Karyaneka di Muzium Negara. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada hari Jumaat, 16 Jun 2023. Turut hadir YBrs. Puan `Ainu Sham Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan YBhg. Datuk Kamarul Baharin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia.

Datuk Saraya Arbi semasa berucap merasmikan pembukaan outlet baharu Karyaneka di Muzium Negara.

Karyaneka ditubuhkan pada tahun 1982 yang berperanan mempromosi dan memasarkan produk kraf tempatan daripada usahawan dan komuniti kraf seluruh negara. Pembukaan outlet baharu Karyaneka di Muzium Negara merupakan usaha berterusan untuk memasarkan produk kraf kepada pengguna. Sehingga kini Karyaneka mempunyai 10 outlet yang beroperasi sepenuhnya iaitu di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Kompleks Kraf Langkawi, Kompleks Kraf Johor, Kompleks Kraf Melaka, Malaysia Tourism Centre (MaTiC) Jalan Ampang, Dataran Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Parlimen Malaysia serta di Muzium Negara.

Datuk Saraya Arbi semasa menyempurnakan majlis perasmian pembukaan outlet baharu Karyaneka.

Sempena dengan pembukaan outlet baharu, Karyaneka memberikan diskaun 10% bagi setiap pembelian produk kraf dan produk mangkuk tingkat (tiffin) percuma untuk setiap pembelian sekurang-kurangnya RM250. Karyaneka menawarkan produk kraf yang autentik dan beridentiti Malaysia bagi segmen produk cenderamata, hiasan dalaman, perhiasan diri, fesyen dan tekstil serta hiasan laman dan taman.

Selain daripada outlet fizikal, pembelian secara dalam talian juga boleh didapati di www.karyaneka.com.my. Karyaneka turut menyediakan perkhidmatan tempahan produk cenderamata kepada badan-badan korporat, swasta dan agensi kerajaan secara bersemuka. MOTAC berharap dengan pembukaan outlet baharu Karyaneka di Muzium Negara, kepelbagaian produk kraf tempatan dapat ditawarkan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.