Oleh Azlin Asmuni
18 Jun 2023, 14:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke acara malam kemuncak Festival Kesenian, Budaya dan Bahasa Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung semalam.

Festival Kesenian, Budaya dan Bahasa yang berslogankan “Citrawarna Pemangkin Ummah”, Perlis sebagai Kota Puisi Islam merupakan anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Program ini selari dengan matlamat Pelan Strategik DBP 2021-2025 yang mengangkat tema pengupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor seterusnya mempromosikan program seni budaya serta memupuk sikap megah bahasa dalam kalangan masyarakat.

Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa berangkat pada Malam Deklamasi Puisi “Citrawarna Pemangkin Ummah”.
Sasterawan Negara Dato’ Rahman Shaari mempersembahkan deklamasi puisinya.

Malam Deklamasi Puisi ini diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Haji Mohd Noor dan Sasterawan Negara Dato’ Rahman Shaari. Selain itu, turut membuat persembahan puisi ialah Angkatan Sasterawan Indera Perlis (AKSARA) dan Persatuan Penulis Perlis (3P).

YBhg. Profesor Dr. Rozaimi Ramle semasa berucap merasmikan Festival Kesenian, Budaya dan Bahasa.

Antara aktiviti lain yang diadakan bersempena dengan festival ini termasuklah Pertandingan Deklamasi Puisi Piala Jamalullail, persembahan teater oleh UNIMAPs, pameran buku, pameran khat, pameran permainan tradisional, aktiviti derma darah dan trak jualan makanan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.