18 Jun 2023, 18:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan penutupan dan pengurniaan Hadiah Piala Pusingan Jamalullail bersempena dengan Festival Seni, Budaya dan Bahasa Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Dewan Warisan Kangar pada malam semalam.

Pemangku Raja Perlis berkenan menyampaikan Hadiah Piala Pusingan Jamalullail kepada pemenang.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Rektor KUIPs, iaitu Profesor Dr. Mohd Rozaimi Ramle, pengurusan tertinggi kolej universiti yang bernaung sepenuhnya di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta tetamu kehormat lain yang lengkap memakai busana tradisional Melayu.

Sejurus berangkat tiba, baginda yang juga Canselor KUIPs berkenan menyalin penulisan al-Quran di lobi dewan sebagai simbolik perasmian.

Festival Malam Deklamasi Puisi berslogankan “Citrawarna Pemangkin Ummah”, Perlis Kota Puisi itu dianjurkan oleh KUIPs dengan kerjasama MAIPs, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sasterawan Negara Dato’ Rahman Shaari turut mendeklamasikan puisi pada malam itu.

Selain Sasterawan Negara Dato’ Rahman Shaari, persembahan puisi turut dimeriahkan oleh Hj. Mohd Nazim Mohd Noor (KPE MAIPs), Profesor Madya Dr. Nor Hasimah Ismail (UUM), Muhammad Nur Fiqri Mohd Hajar, Azmi Samad, Nor Aisyah Ahmad dan Ummu Aiman Azmi (KUIPs), Zalina Ahmad dan Tengku Hamidah Mas Abdullah Akhir (AKSARA), Norzaidi Hamad (Persatuan Penulis Perlis) serta Mohamad Zaki Abdul Halim dan Juliana Ahmad (UniMAP/AKSARA).

Selain itu, turut dipersembahkan silat dan nasyid oleh Kumpulan Simfoni.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.