Oleh Low Hiang Loon
6 Julai 2023, 21:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam – Akademi Pengajian Bahasa (APB), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor telah menganjurkan Ceramah Pengajaran Kolaboratif untuk para pelajar Kursus Bahasa Mandarin pada hari ini di Auditorium Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam, Selangor. Dr. Lau Su Kia dari Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah menyampaikan taklimat yang bertajuk “Hubungan antara Warna dan Budaya Cina”.

Dr. Lau Su Kia (tengah) dari Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Ceramah ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 150 orang pelajar Kursus Bahasa Mandarin, UiTM Shah Alam untuk mengenali budaya Cina, serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap masyarakat Cina di Malaysia.

Dr. Lau Su Kia dalam ceramahnya memfokuskan perihal budaya dan pemikiran masyarakat Cina yang berkaitan dengan warna. Hal ini termasuklah pantang larang masyarakat Cina yang berkaitan dengan warna, perbezaan tanglung yang berlainan warna dan digunakan dalam konteks yang berbeza, serta pakaian berwarna tertentu yang tidak sesuai dipakai dalam majlis yang tertentu dalam masyarakat Cina.

Dr. Low Hiang Loon ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluannya,  Ybrs. Profesor Madya Dr. Low Hiang Loon menyatakan bahawa pelajar yang menyertai ceramah tersebut bakal memperoleh pengetahuan baharu daripada tenaga pengajar lain yang menampilkan gaya pengajaran yang berbeza.

Dr. Low juga menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pensyarah Bahasa Mandarin, Tan Su Ling, ahli jawatankuasa yang diketuai oleh Malathi Hanis Abd. Rahman dan para pelajar Kursus Bahasa Mandarin dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media yang bekerjasama menjayakan ceramah yang amat bermakna ini. Pada penghujung majlis, diadakan sesi cabutan bertuah sebagai penghargaan kepada pelajar atas sokongan mereka kepada majlis tersebut.

Para pelajar tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama Dr. Lau Su Kia.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.