Oleh Abd Razak Osman
9 Julai 2023, 12:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Konsep busana Melayu tradisional dijadikan tema pada Majlis Makan Malam Riwayat Buana Melayu yang diadakan di Dewan Perdana Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah, Sungai Petani, semalam.

Penasihat program, Anis Faradella Abd. Malik berkata, tema majlis makan malam tersebut diinspirasikan daripada Filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

“Majoriti pelajar memakai pakaian yang mengikut tema Melayu klasik, iaitu kepelbagaian warna yang ada pada zaman dahulu,” katanya.

Menariknya, penggunaan bahasa Melayu lama serta elemen klasik seperti tulisan Jawi pada poster dan bahasa Melayu yang sudah jarang didengari digunakan bagi menepati tema program tersebut, di samping persembahan nyanyian lagu klasik dan tarian tradisional oleh para pelajar.

Tulisan Jawi digunakan pada poster Majlis Makan Malam Riwayat Buana Melayu.

Pada majlis yang sama, sebanyak 64 orang pelajar termasuk pelajar semester akhir dan pelajar yang menerima Anugerah Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat Terbaik UiTM Cawangan Kedah telah diraikan.

Sijil Anugerah Dekan disampaikan oleh Ketua Fakulti Pengurusan Maklumat Terbaik, Dr. Mohd Zool Hilmie Mohamed Sawal bersama-sama Pensyarah Kanan UiTM, Profesor Madya Dr. Asmadi Mohammed Ghazali.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.