10 Ogos 2023, 17:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Royal Selangor International Sdn. Bhd. Memorandum tersebut ditandatangani oleh Puan `Ainu Sham Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan Encik Yong Yoon Li, Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn. Bhd.

Puan `Ainu Sham Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia ketika menyampaikan ucapan.

Upacara menandatangani memorandum persefahaman ini disaksikan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Memorandum persefahaman ini bertujuan untuk melaksanakan kerjasama strategik dua hala melalui inisiatif yang merangkumi aspek pembangunan produk, pemasaran, promosi dan latihan.

Pada majlis yang sama, Royal Selangor International Sdn. Bhd. turut mengadakan pelancaran koleksi produk baharu Heritage Royal Selangor yang beridentitikan Malaysia selain aktiviti demonstrasi kraf ukiran kayu, batik lukis, anyaman rotan, tenunan songket dan seramik oleh pelajar-pelajar IKN sebagai salah satu pengisian aktiviti di Royal Selangor Visitor Centre pada cuti hujung minggu, sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bermula 10 Ogos sehingga 17 September 2023.

Royal Selangor International Sdn. Bhd. melancarkan koleksi produk baharu Heritage Royal Selangor yang beridentitikan Malaysia.

Turut hadir ialah Encik Mohd Yusri Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Dr. Tan Awang Besar, Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Encik Chen Tien Yue, Pengarah Eksekutif Royal Selangor Marketing Sdn. Bhd.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.