3 Oktober 2023, 09:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Damansara – Program Kampung Budaya Silat 2023 telah diadakan di Surau As Sahabah, Seksyen 7 Kota Damansara. Program anjuran Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan Selangor dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (Selangor).

ADUN Kota Damansara, YB Izuan Kasim memukul gong sebagai simbolik menyempurnakan majlis perasmian Program Kampung Budaya Silat.

Program ini bertujuan untuk merancakkan aktiviti kesenian dan kebudayaan di Selangor serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Program ini mendapat sambutan dengan penyertaan hampir 500 orang peserta daripada pelbagai peringkat umur.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Izuan Kasim berkata setiap bangsa mempunyai seni pertahanannya sendiri, beliau melihat usaha penganjuran program sebegini wajar diberikan sokongan demi kelestarian budaya masyarakat Malaysia. Beliau menzahirkan sokongan terhadap aktiviti kemasyarakatan dan usaha untuk memelihara ilmu persilatan akan diberi perhatian oleh beliau.

YB Izuan Kasim bersama-sama dengan pengasas keempat-empat pertubuhan silat, serta pesilat yang menyertai program Kampung Budaya Orang Silat 2023.

Program ini turut disertai oleh persatuan silat lain yang bertapak di Kota Damansara iaitu Persatuan Seni Silat Burung Rajawali, Pertubuhan Silat Seni Tapak Lima dan Pertubuhan Silat Seni Terlak Empat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.