22 November 2023, 11:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kedutaan Republik Korea di Malaysia menganjurkan Festival Filem Korea 2023 di pawagam GSC Mid Valley, Kuala Lumpur mulai 22 November hingga 26 November 2023.

Sempena ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur antara Korea dengan Malaysia pada tahun ini, lima buah filem, iaitu The Front Line (2011), Kai: The Legend of Mirror Lake (2016), Bori (2018), Granny Poetry Club (2019), dan Tunnel (2016), dipilih secara teliti dengan ciri-ciri yang melambangkan nilai-nilai teras diplomasi awam Korea, iaitu “Keamanan, Kebebasan, Persaudaraan dan Kemakmuran”.

Filem terbitan bersama Korea-Malaysia, iaitu The Lord Musang King, akan dipersembahkan sebagai simbolik keakraban hubungan antara kedua-dua negara. Kolaborasi ini amat signifikan kerana membawakan bersama industri perfileman Korea yang berjaya dengan industri perfileman Malaysia yang dikenali melalui kepelbagaian latar belakang budaya dan potensi yang besar.

Semua tayangan filem tersebut percuma dan terbuka kepada orang ramai. Dua tiket percuma disediakan berdasarkan “siapa cepat, dia dapat” dan boleh ditebus bermula pada 16 November 2023 melalui portal GSC E-Payment (laman sesawang dan aplikasi mudah alih) atau di kios tiket di GSC Midvalley Megamall, Kuala Lumpur.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.