Oleh Fenny Liging
7 Disember 2023, 11:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Wakaf Buku merupakan salah satu kegiatan bersempena dengan kempen Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah yang bertujuan melestarikan dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Wakaf Buku kali ini diserahkan kepada Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu. Penyerahan Wakaf Buku disampaikan oleh Puan Aminah Awang Basar, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS), pada 6 Disember 2023 di Penjara Wanita Kota Kinabalu.

PKP Shirley a/k Jungot, iaitu Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK), mengucapkan terima kasih atas sumbangan buku yang dapat menambah bahan bacaan di perpustakaan sekolah tersebut. Selain itu, usaha tersebut turut menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah berkenaan. Beliau juga amat mengalu-alukan pihak DBPCS bersinergi dengan PWKK dalam beberapa kegiatan yang lain pada masa hadapan.

Yang turut hadir dalam penyerahan Wakaf Buku tersebut ialah Puan Jennitah Noordin, Timbalan Pengarah I DBPCS, PPP Nor Hazlin Mohamed Yunos dari PWKK, dan beberapa orang pegawai dari kedua-dua jabatan.

Rombongan dari DBPCS turut dibawa berkunjung ke perpustakaan yang diberikan nama Kandil Ilmu dan kawasan sekitar Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.