26 Januari 2024, 17:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuching – Majlis pelancaran buku Sarawak Folktales for All telah berlangsung pada 19 Januari 2024, di Bilik Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitul Makmur II, Kuching, Sarawak.

Antara buku cerita rakyat yang diterbitkan dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Cina.

Siri buku yang diterbitkan melalui Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan di bawah seliaan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) itu merupakan antara usaha kerajaan Sarawak untuk mengetengahkan cerita rakyat etnik tempatan kepada khalayak.

Setakat ini, siri buku ini telah diterbitkan dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Cina. Koleksi khazanah tersebut terdiri daripada cerita rakyat pelbagai etnik di Sarawak, iaitu Melayu (Udin dan Ikan Patin Ajaib), Iban (Kumang dan Ular Sawa Tidak Kenang Budi), Bidayuh (Balu dan Katak Berbaju Warna-warni), Cina (Tiga Kawan Baik dan Seekor Anjing Lapar) dan Punan (Modi dan Batu Ajaib).

Koleksi tersebut juga akan diedarkan ke 1254 buah sekolah rendah, termasuklah 223 buah sekolah rendah Cina dan 211 buah perpustakaan di Sarawak.

YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (empat dari kiri) bersama-sama tetamu yang lain ketika majlis pelancaran buku Sarawak Folktales for All.

YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah turut menyatakan bahawa hasrat kementerian untuk mentransformasikan cerita rakyat kepada bentuk seni persembahan dan animasi. Beberapa cerita rakyat juga akan disesuaikan kepada bentuk permainan komputer bagi menghubungkan tradisi kepada bentuk penceritaan moden.

Selain itu, pihak kementerian juga bersedia untuk bekerjasama dengan Majlis Adat Istiadat Sarawak dan DBP Cawangan Sarawak dalam usaha untuk memelihara warisan cerita rakyat ini melalui penyelidikan mahupun penerbitan. Tegasnya lagi, pihak kementerian komited untuk menerbitkan lagi cerita-cerita rakyat daripada 34 kumpulan etnik yang terdapat di Sarawak.

Dr. Elena Gregoria Chai Chin Fern (kiri) menyatakan sesuatu kepada Abang Haliman Haji Abang Julai.

Sebagai organisasi yang mengusahakan dan menjayakan tugasan penyelidikan dan penerbitan bahan cerita rakyat etnik Sarawak, Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Abang Haliman Haji Abang Julai menyambut baik usaha penerbitan buku dan kerjasama tersebut. Beliau turut hadir bersama-sama Timbalan Pengarah Unit Pembinaan dan Penyelidikan Bahasa dan Sastera, Abdul Rasid Haji Subet.

Dalam pertemuan singkat itu, kerjasama lanjutan antara DBP Cawangan Sarawak dengan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak turut dibincangkan bersama-sama Dr. Elena Gregoria Chai Chin Fern, Ketua Penolong Setiausaha kementerian tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.