25 Februari 2024, 17:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Menara Kuala Lumpur (MKL) menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2024 pada 24 Februari lalu bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang dijangka bermula pada 12 Mac depan.

Pertandingan tersebut juga merupakan kegiatan tanggungjawab khidmat masyarakat yang diadakan sejak tahun 2011.

MKL turut menjemput anak-anak yatim dan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Nur Hati. Pada majlis yang sama, PMBL 2024 meyerahkan sumbangan kewangan sebanyak RM5,000 kepada pertubuhan tersebut.

Kumpulan Ismail Abu (tiga, empat dan lima dari kanan), juara Kategori Masjid/Surau, Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2024 di Menara Kuala Lumpur.

Wakil-wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Air Selangor, Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Astana City Group Sdn. Bhd., Harta Maintanance Sdn. Bhd., dan Universiti Teknologi MARA sebagai rakan kerjasama MKL turut menghadiri majlis berkenaan.

Selain itu, bubur lambuk yang telah dimasak turut diagih-agihkan kepada penerima yang layak (rumah anak-anak yatim, masjid dan surau, pusat khidmat gelandangan, serta kepada golongan asnaf) yang telah dikenal pasti di sekitar Kuala Lumpur.

Sebanyak 17 kumpulan menyertai PMBL 2024, dengan setiap kumpulan terdiri daripada empat orang tukang masak mahir.

Hasil masakan para peserta PBML 2024 dinilai oleh tiga orang juri jemputan, iaitu Chef Zaidah Mohd. Noor dan Chef Yang Jamil yang terkenal, serta Chef Musa dari ARAS Restaurant MKL.

Tegas Encik Nazli dalam ucapan beliau, antara tujuan utama PMBL 2024 adalah untuk memperkenalkan juadah bubur lambuk sebagai masakan tradisional yang perlu dihargai, terutamanya oleh generasi muda.

“MKL mahu memastikan bubur lambuk terus diingati, dan kekal sebagai sebahagian daripada masakan warisan orang Melayu beragama Islam di tengah-tengah era kemodenan hari ini,” tambah beliau.

Pertandingan tersebut menurut Nazli lagi, bukan sekadar pertandingan, sebaliknya merupakan peluang untuk pengunjung tempatan, dan antarabangsa menyelami sejarah tentang kaedah memasak bubur lambuk. Para hadirin juga berpeluang menikmati pelbagai resipi menarik yang disediakan oleh tukang masak mahir.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.