21 Mac 2024, 15:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Balai Seni Negara menerusi Pameran Hanya Satu mempamerkan sebuah karya instalasi oleh Zulkefli Jais, iaitu Project:Temporary Marking yang  memaparkan pertindihan antara aspek geografi dan sejarah bandar Teluk Intan, Perak.

Menurut Balai Seni Negara, pameran yang dibuka bermula pada 1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024 di ruang lobi Balai Seni Negara ini merupakan versi lanjutan daripada karya asal yang dipasang di Teluk Intan, Perak.

Antara sisi pameran yang dapat dinikmati oleh pengunjung pameran ini.

“Siri ke-7 Pameran Hanya Satu ini merupakan pemenang anugerah utama bagi Pertandingan Bakat Muda Sezaman 2023, sebuah pertandingan berprestij anjuran Balai Seni Negara yang majlis penyampaian hadiahnya telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” katanya dalam satu kenyataan.

Karya ini telah diangkat sebagai pemenang pada majlis yang berlangsung di Menara Condong, Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Katanya, projek ini turut dikaitkan dengan memorinya sebagai anak jati bandar itu. Bentuk monumen yang dihasilkan daripada gantungan jaket melambangkan Menara Condong sebagai mercu tanda Teluk Intan, Perak.

Project: Temporary Marking oleh Zulkefli Jais berlangsung hingga 31 Mei 2024.

Selain itu, katanya lagi, gabungan jaket ini mewakili perasaan dan ingatan terhadap bencana yang menimpa pelarian yang berlindung di bandar berkenaan dan juga dijadikan sebagai peringatan bahawa setiap sejarah pasti akan berulang.

“Menariknya, di Menara Condong, artis muda yang berusia 28 tahun ini turut melibatkan audiens sebagai sebahagian daripada karyanya dan sebuah filem pendek sebagai medium,” jelasnya.

Beliau turut menjadikan sekumpulan audiens untuk menghasilkan bentuk seperti sebuah tongkang yang menggambarkan satu bekas tanda yang sementara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.