17 April 2024, 16:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – IKAT 2.0, sebuah platform yang melestarikan warisan seni tenunan dan tekstil Malaysia bakal diadakan di George Town, Pulau Pinang pada 27 April hingga 28 April 2024 di Loft 29.

Dianjurkan khusus untuk penduduk di wilayah Utara, IKAT 2.0 Edisi Pulau Pinang yang bertemakan “Tradisi Tapestri” ini akan mengetengahkan naratif seni tekstil dan tukang mahir yang terdapat dalam industri batik Pantai Timur Malaysia.

IKAT 2.0 menyajikan warisan seni tekstil  dalam industri batik Pantai Timur Malaysia.

IKAT 2.0 dipelopori oleh studio kreatif Experiential Design Team (EDT) dan dipersembahkan oleh Yayasan Hasanah, Khazanah Nasional Berhad. IKAT atau Immersive Knowledge and Textile dianjurkan untuk memberikan nafas baharu, menggalakkan penglibatan awam dan meningkatkan kesedaran serta penghargaan rakyat Malaysia terhadap warisan tekstil, motif, teknik, serta proses pembuatan yang teliti.

Selain itu, IKAT 2.0 juga bertujuan untuk menggalakkan pelibatan masyarakat dalam bidang ini menerusi pelbagai aktiviti dan memberikan pengalaman baharu berunsurkan teknologi, selain menyemarakkan kerjasama strategik dengan artis media baharu, institusi pendidikan serta pakar dalam bidang berkaitan.

IKAT 2.0 bakal membawa penonton menerokai budaya untuk memahami bagaimana kepentingan simbolik lima elemen, iaitu bumi, air, api, logam, dan kayu dalam pembuatan batik.

Acara selama dua hari ini menawarkan pelbagai aktiviti yang memberikan pengalaman unik, antaranya termasuklah astaka pengalaman immersif, pameran tekstil, pengalaman fizikal dan digital berinspirasikan motif, bengkel amali melibatkan tukang mahir Kelantan, sesi bual bicara dan juga pertunjukan fesyen.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.